Quran Sebagai Panduan

Listen to Quran

Friday, February 17, 2012

Walimatul Urus

kebelakangan ini rumahku agak sibuk memandangkan majlis perkahwinan akakku akan semakin hampir. Ibuku masih meneruskan sulamannya. Aku masih ke sekolah. Abang-abangku datang dan pergi sibuk menyiapkan persediaan untuk majlis itu.

Aku juga perlu memastikan ada juga sumbangan tenanga dapat aku berikan bagi memastikan majlis ini berjaya. Sekurang-kurangnya bebabn ibuku dapat aku ringankan.

Semuanya hampir siap dan hanya menanti tarikh keramat kakaku.

Seperti selalunya, aku juga  menjemput gadis itu untuk hadir sebagai tetamu. Seperti selalunya, ia mengucapkan terima kasih namun tidak berjanji akan datang kerana alasan yang aku sendiri tak pasti.

Tak mengapa dan aku tahu, pada hari tersebut, aku tidak mempunyai masa yang banyak untuk melayan kawan-kawan yang datang. tapi, kalau dia datang, mungkin keceriaan dan semangat aku menolong lebih terserlah.

Telepon mula berdering

"Makcik, boleh saya bercakap dengan Azman?" tanya suara di hujung talian

"Man kecik ke Man besar? tanya ibuku semula

tentulah terpana sejenak pemanggil bila disuakan dengan pertanyaan demikian. Manakan nak tahu siapa itu Man Kecil dan siapa itu Man Besar.

"Man Kecil tu yang sekolah High School dan man Besar yang sekolah Munshi" terang ibuku kalau si pemanggil mungkin terkedu mencari jawapan.

"ooo..kalau gitu Man Kecil makcik" jawab penuh lega

"OO itu namanya Adik" terang ibuku.

"Sekejap yea" dan memanggil Man Kecil untuk menjawab panggilan tersebut.

Itulah aku, anak bungsu dari 11 adik beradik. Anak yatim yang telah kehilangan ayah sewaktu usia aku  satu tahun setengah. Memandangkan aku yang bungsu, panggilan Adik lekat sehingga aku dewasa.

"awak tak datang?" tanyaku

No comments:

Post a Comment