Quran Sebagai Panduan

Listen to Quran

Sunday, February 19, 2012

sering tersekat

menyelusuri bandar melaka penuh bersejarah dengan mercu tanda yang gagah berdiri meyakinkan aku bahawa inilah tempat bermulanya sejarah antara aku dan dia.

Kami ke Bukit St Paul. Bergambar kenangan bersama dan yang lebih mahal, apabila pelancong eropah menghulurkan bantuan untuk mengabadikan wajah kami berdua di Bukit St Paul.

Masih berdua di daerah asing ini dan berjalan ke toko buku pula. Dia menghadiahkan senaskah novel berjudul "Aku Sayang Padamu" untuk aku.

Sepanjang pengembaraan mencari erti isi hati ini, aku menantikan masa yang terindah untk menyatakan rasa yang selama ini aku simpan. Detik terus berlalu, namun perkataan yang ingin keluar dari hatiku sering tersekat. Sering terbantut kerana aku masih cuba mengumpul kekuatan.

Seharian waktu bersamanya dan detik berlalu terlalu laju untuk dihambat kembali. Tiba masa untuk kami pulang sedang tujuan aku membawanya ke Melaka masih juga tidak dapat ku nyatakan.

Di perut bas MCW Melaka ke Muar, kami duduk bersebelahan dan ketika bas ingin memulakan perjalanan, dia memegang erat tanganku dan bertanya apakah yang ingin aku nyatakan.

Dalam kekalutan dan mencari kekuatan, aku masih gagal menyatakan.

Ya Allah, bantulah aku menyampaikan rasa ini dengan keadaan yan paling mudah ia menerima. Moga ia juga merasakan sepertimana apa yang aku rasakan. Moga ia menerima aku dengan sesuangguhnya" dalam diam aku berdoa dan mencari kekuatan diri.

"jika awak sayangkan saya, saya juga sayangkan awak" bisiknya membantu aku melepaskan apa yang aku pendamkan selama ini.

Spontan aku terkenangkan nasihat ibuku ini," Jangan senang berjanji jika kau tak berani untuk menunaikan"

Aku pun berkata ,"SAYA SAYANGKAN AWAK"

di saat itu, mataku mula berkaca.

No comments:

Post a Comment