Quran Sebagai Panduan

Listen to Quran

Friday, February 17, 2012

malam selepas rewang

antara percaya dan tidak aku terpegun di ambang pintu.

Tetamu itu datang dalam gelap malam dan mungkin merasa bersalah apabila pelawaanku untuk datang pada hari majlis tidak dipenuhi.

Aku menjemputnya naik dan berharap keadaan rumah yang masih berselerak dan tidak kemas tidak menjadi halangan kepadanya untuk bertandang.

Ibuku juga agak tersipu bila tetamu ini tidak menunjukkan rasa janggal atas keselerakan rumahku.

Apa yang ada aku hidangkan dan aku merasa bangga bila dia sudi menjejakkan kakinya ke rumahku yang tidak sesempurna mana.

Rumahku rumah berdinding papan dan telah lama di bina. Strukturnya masih tegap dan antara rumah yang besar di dalam kawasan kampung.

Aku juga tidak menyangka tetamu ini sanggup untuk menjejakkan kakinya sehingga ke dapur rumahku.

"Awak lambat, kalau lagi awal, banyak pinggan dan periuk boleh tolong basuh" gurauku bila dia asyik memerhatikan dapur yang masih selerak.

"Besarnya rumah ini" katanya

Lama juga dia berada di rumahku. Setelah itu, dia meminta izin untuk pulang dan memandangkan dia tidak mempunyai pengangkutan, aku menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Hanya 1/2 batu sahaja dari rumahku.

Kalian tahu siapa tetamu itu? Kalian benar dengan tekaan itu.



sepanjang perjalanan balik, ku lihat bagaikan purnama bertukar mentari dan malam berubah siang.

aku ingin mengulanginya sekali lagi

No comments:

Post a Comment