Quran Sebagai Panduan

Listen to Quran

Friday, February 17, 2012

hal komeng

balik dari sekolah, makanan telah terhidang. Ibuku mengerti kekecewaan aku dan tidak banyak bertanya menambah rasa kecewa. Setelah menanggalkan uniform, ibuku menyuruh aku makan dan meninggalkan aku untuk menghabiskan jahitannya.

Dulu, sewaktu kecilku, aku sering mendengar dia berlagu perlahan sambil menyulam.

malamnya komeng datang dengan beberapa kawanku yang lain. Komeng adalah anak kepada guru ngajiku.

"Dik, tolong telepon nombor ini" pintanya

"ni siapa?" tanyaku

"kawan aku Yus" terangnya

aku mengambil kertas yang dihulurkannya dan mula menekan punat-punat yang terpapar.

"Assalamualaikum" suara wanita tua dihujung talian penuh mesra tanpa prasangka. Luhur dan polos.

"waalaikummussalam Makcik, hmmm...boleh bercakap dengan Yusita??" jawabku seperti yang di minta oleh Komeng

"oo ada, ni siapa?" tanyanya lagi

"kawannya makcik. Dari batu 4" aku memberikan apa yang diminta

" sekejap ye"

"terima kasih makcik" jawabku

"Meng, nah, kawan kau" aku menghulurkan ganggang telefon kepada Komeng

"Dik, kau jawab lah, aku malu" Komeng mengelak dan aku terpaku. Aku mengesa Komeng meneruskan perbualan ini.

"Helo" dihujung talian telah kedengaran suara yang manis ke pendengaran

Adoi...Komeng telah menyusahkan aku di sini. Aku tak sampai hati membiarkan suara itu tertunggu lalu aku menjawab

"assalamualaikum, maaf yea, saya kawan komeng, hmm dia malu nak menjawab" terangku

"waalalikummusalam, hai, kenapa dia tak ada hidung ke?" kedengaran hairan di hujung nada

aku terlupa hasrat Komeng yang ingin erbual dengan Yusita sebaliknya aku terus melayan perbualan gadis itu. Daripada perbualan, aku tahu yang dia juga gagal seperti aku. Aku cuba mengalakkan agar dia kembali menyambung pelajarannya seperti apa yang aku lakukan. Namun dia merasa segan atas kegagalan ini.

"Nak belajar kok segen!" tanyaku

spontan berderai ketawanya yang memang tak pernah aku dengar sebelum ini. Mungkin lawak yang te\ak seberapa boleh membuatnya bersemangat untuk bangun dan belajar semula.

Seraya berjanji bahawa aku akan menunggu dia di muka pagar sekolah untuk memastikan bahawa dia juga akan hadir menyambung apa yang terkandas.

Sekurang-kurangnya aku dapat membantu seorang untuk menyusun semula pecahan cita-citanya bercantum semula.

Malam itu, kalau engkau menyangka aku akan bermimpi indah kerana perbualan ini, sebenarnya engkau salah.

No comments:

Post a Comment