Quran Sebagai Panduan

Listen to Quran

Monday, February 20, 2012

ofis yang sibuk

"man, ada orang call dari Johor" siti memaklumkan kepada aku sesampainya aku di meja dan masih belum sempat melabuhkan punggung.

"siapa ti?' tanyaku. "orang dari ofis ke? menyambung tanpa sempat dia menjawab soalanku yang pertama

"Entah, tapi nanti dia call semula" terangnya

Aku membuat rutin pekerjaan di awal pagi. Keadaan ofis masih belum sibuk kerana bank baru sahaja di buka. Pelanggan yang datang awal ku sapa mesra seperti biasa.

Telepon di mejaku berbunyi. Aku segera kembali ke mejaku dan mengangkat.

"Good morning, Azman here. May i help you" sapaan standard dariku

"asaalamualaikum abang" suara yang kedengaran memberi salam.

aku terdiam seketika


kembar ke 2

"tolonglah makcik nak. Duit tu nak guna sebab dia ada sakit jantung. Tapi kad itu memang kakaknya yang punya" rayu makcik tu sambil menerangkan masalah yang mereka hadapi.

"Makcik kena tolong saya pula, suruh kembarnya datang. Saya boleh membantu" terangku

"baiklah nak, Asalkan duit tak hilang" masih merayu dengan nada mengharap

"Insyallah, saya tunggu kembar tu datang" aku menawarkan diri membantu dan menunggu kembar yang satu lagi.

Esok, bagai dirancang dan kembar itu datang. Namun dia bukan bersendirian tetapi bersama-sama seorang teman.

"Ita kan ni?" sapaku

"hey Man, kau kat sini?" separuh terkejut melihat aku berdiri segak dan gagah dihadapannya.

"ni siapa? bertanyakan gadis yang disebelahnya

"inilah kembar yang ada masalah ATM tu" terangnya

Aku tanpa berlengah menyelesaikan masalah gadis kembar itu. Sambil dengan mesra bertanyakan hal berkaitan diri Ita yang memang lama aku tak jumpa. Dia tinggal di Parit haji noor, perkenalan kami hanya sebagai teman yang jauh dan bertukar senyuman di kala berselisihan. Tidak lebih dari itu.

"Ta, kalau ada apa-apa, call aku yea" sambil tanganku menghulur kad nama dan jawatan yang disandang oleh aku.

"Terima kasih" jawabnya lalu pergi bersama kembar itu sletelah semua urusan selesai. Kad dan wang aku serahkan.

'selesai satu masalah" kata hatiku dan puas bila dapat menolong dan berjumpa teman lama.

tanpa ku sangka, satu isu pula akan menjelma

satu hari

"man, ada customer nak jumpa" juruwang memaklumkan. Pada waktu itu, aku telah menjadi pegawai bank dan urusan berkaitan ATM terletak di bawah jagaanku.

Aku meapat ke kaunter dan terlihat seorang gadis sedang berdiri menunggu kedatangan dengan rasa tidak sabar dan cemas diwajah.

"ya cik, boleh saya tolong?" ayat klise dari warga bank dan korporat

"Saya tadi keluar wang 400, tapi belum saya ambil, pintu dah tutup. Duit dah sekat, kad pun kena telan" cemas sahaj bunyinya. Barangkali ia amat memerlukan wang, kini dia menghadapi masalah pula.

"Beri kad pengenalan cik" piontaku bagi membuat pengesahan sambil tangan berlari di papan kekunci menekan kod yang sepatutnya.

"Tapi, itu kad kembar saya" terangnya

Kepalaku angkat dan mengerut kening tanda hairan. Bagaimana kad ATM bukan miliknya digunakan. Mungkin akan ada penipuan di sini.

Aku masih tenang dan masih mencari jalan menyelsaikan maslah gadis ini.

"kalau macam tu, minta kembar awak datang dan saya akan berurusan dengannya" terangku kepadanya

"esok boleh?' tanyanya

"boleh cik" sambil menutup menu komputer. Aku dilarang meneruskan sebarang dengan kepada pihak yang bukan berkenaan mengikut tatacara kerja yang ditetapkan. namun sebagai membuatnya tenang, aku memberikan kad nama aku untuk dia hubungi seandainya mempunyai sebarang masalah.

Dia meninggalkan lobi dan berlalu pergi.

Petang itu aku menerima panggilan dari ibunya pula

"adoi"....getus hatiku

1992 - 1996

1992 - aku berkenalan dengan seorang gadis yang sangat pemalu. Aku menyapanya dan mungkin kerana terkejut, ia hampir melanggar dinding bank aku. Halina Bajuri namanya. Budak dari Batu Pahat, tapi aku tipu dia mengatakan aku dari Muar. Sampai sekarang tak habis kutuk aku.

1993 - aku dinaikan pangkat sebagai pegawai dan ditukarkan ke Kuantan Pahang. Tahun ini juga aku melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihanku. Aku cintakan dia dan begitu juga dia cintakan aku. Namanya Halina Bajuri.

1994 - Anakku yang pertama lahir. Aku ditukarkan ke Pekan Nenas

1995 - Aku kembali ke Batu Pahat berdekatan dengan keluargaku.



tapi sepanjang kehidupan yang aku lalui; lagu ini dapat menceritakan

pacific Bank

Aku diterima bekerja di Pacific Bank sebagai kerani/juruwang atas usaha abang bakar. Hubungan kami menjadi kembali bertaut kerana aku masih adiknya dan dia masih abang aku.

01.02.1991 adalah tarikh aku mula bekerja dan aku berazam untuk membangunkan diriku. Aku akan berusaha menjadi pegawai bank dalam masa yang singkat dan aku berusaha dengan caraku sendiri.

Di situ aku mengenali seorang gadis berjiran dengan abangku bernama Noriah Maspie. Dia tinggal di rumah kakanya di Taman Megah Ria kerana untuk mencari pekerjaan di sini. Dia berasal dari pengerang.

Aku pernah keluar denganya berdua ke bandar johor Bahru untuk berjalan-jalan. Kami pernah jatuh motor bersama sewaktu di lebuhraya pasir gudang. kami pernah bersama untuk menikmati malam di pantai Lido yang kini tinggal kenangan. kami pernah bersama ke rumahnya di Pengerang.

namun kami tidak ditakdirkan untuk bersama.

mungkin tak perlu aku menceritakan kenapa aku terpaksa meninggalkannya atau mungkin dia yang meninggalkan aku. ini wajahnya http://www.facebook.com/profile.php?id=1427962476

terima kasih kepada Noriah maspie yang menghilangkan rasa sepiku meski hanya untuk beberapa ketika.

aku memburu cinta baru

abang komeng

bas terus menderu menuju destinasi dan aku ingin segera sampai.

Di kl, aku menumpang di rumah Atan iaitu abang kepada Komeng. Kalian masih ingat siapa komeng bukan. Di sana telah ada Dugel dan Petok kawan sekampung. Mujur sepanjang kehidupanku di sana aku dibiaya oleh Petok dan Atan yang sangat bertimbang rasa.

Jadual hidupku bertukar bila siang kami tidur dan malam kami merayau ke segenap KL di tempat-tempat hiburan. Kami hanya menemui jalan pulang seawal jam 4 pagi, melintasi Masjid Negara dan Stesen keretapi. Sempat juga kami bersolat subuh di sana.

Selepas itu kami tidur sehingga asar tanpa peduli tentang zuhur yang ditinggalkan.

Aku masih bergantung kepada ubat.

Man Besar yang waktu itu sedang bekerja di TV3 selalu menziarahi aku dan bertanya tentang kebajikanku. Aku masih adiknya dan dia mengambil berat atas diriku. Namun tanpa sebarang perkataan pun dia bertanya mengapa aku lari dari kampung.

aku masih ingat lagi lagu ini





Hampir sebulan aku di sana dan pada suatu hari abangku datang dan menyatakan bahawa ibuku sangat risau akan keadaanku. Memohon aku balik semula ke kampung dan melupakan apa jua sengketa.

"lupakan apa jua yang terjadi, pergilah balik. Mak risaukan kau" katanya

Aku akur kepada perkataan yang keluar. Mungkin aku lari ini kerana aku tidak bersetuju perbuatan ibuku.

namun aku tetap anaknya dan aku pasti dia merinduiku.

aku kembali ke kampuing

lari yang jauh

aku masih menganggur tanpa sebarang pekerjaan meskipun banyak surat permohonan kerja aku hantar kepada pihak yang mencari tenaga kerja. Jadi aku banyak memerap di kampung dan itu tidak membantu ekonomi ibuku.

Ubat masih lagi aku makan memandangkan penyakit ini memerlukan masa untuk sembuh seperti sediakala. Kadangkala aku merasa kebas di pangkal lengan yang aku tak tahu samada berpunca dari penyakit ini.

"Dik, kau simpan kad jemputan kawin orang ke" tanya ibuku di suatu petang

"Kad jemputan siapa mak?" dalanm kehairanan menjawab soalan ibuku

"Hj Yusof" jelasnya

"Siapa kawin" masih menjawab soalan dengan soalan

"Yus"

Spontan aku mengeluarkan sebatang rokok dari kocekku dan menyuakannya ke mulut. Ku nyalakan api dan rokok itu ku hisap tanpa rasa bersalah di hadapan ibuku.

"Mengapa sampai hati menyayat luka yang masih belum sembuh ini?' aku menjerit di dalam hati.

Aku masuk ke kamar dan mengambil beberapa helai pakaian. Aku masukkan semuanya ke dalam sebuah bag dan ku seluk poket seluarku. Ada 40 dan cukup untuk perjalanan yang singkat.

Malam itu aku berangkat ke KL

mana boleh

fahamlah aku bahawa hasrat aku telah ditolak dengan mentah-mentah oleh si gadis ayu itu. Barangkali demi untuk menggelakakn kekecewaan, beliau mencadangkan agar aku menerima Roslina sahaja sebagai pengganti.

"tak mengapa pakcik. saya tenang sahaja, nak buat macammana" jawabnya dan aku kagum di atas keazaman cinta Roslinda mempertahankan cintanya kepada Anuar.

"saya  tak akan menerima roslina sebab tak nak lah dia kata macam spare tyre pulak" sambungku

walau bagaimanapun, aku berjanji bahawa hubungan aku dan pakcik rahman akan kekal meski gagal memiliki Roslinda. Untuk Roslina, semoga engkau berjaya di dalam hidupmu.

Munmgkin elok kalau aku menamatkan cerita Roslinda di sini.

apa daa

aku terus mengunjungi keluarga ini dan berharap wajahnya dapat ku tatap meski hanya sekilas dia tersenyum.

Aku putuskan untuk mencoretkan warkah panjang berbau cinta mencurahkan apa yang aku rasa. Dengan lafaz Bismillah aku mulakan dan berharap surat ini dapat mencuri sedikit ruang di dalam hati.

Dalam hujan petang aku berusaha menyerahkan surat ini kepadanya. Ssampai di rumahnya, hanya ada Roslina yang duduk menanti pelanggan di kedai keluarga ini. Aku menyerahkan kepada adiknya dan berpesan agar titipan ini diserahkan kepada siempunya nama.

Tanpa sebarang jawapan dan tanpa sebarang balasan.

Aku mengambil keputusan ke rumah pakcik rahman. Masih mesra menyambut aku dan setia menuangkan teh yang harum. Seakan mengerti hajat kehadiran ku di kampung ini dan seolah untuk mengambil keputusan untuk sebuah pertanyaan.

"Man, kalau tak dapat kakaknya, adiknya boleh tak?' pertanyaan dari bibir tua pakcik rahman

yang lagu dikenang

aku sedang menikmati makan tengahhariku bila khairul anak jiranku memanggilku

"dik, yus nak jumpa" katanya

aku terkejut bila nama itu muncul semula. Dalam aku sedang bermatian melupakan, entah mengapa tiba-tiba dia hadir. Adakah untuk terus melukakan atau menjadikan aku pelepas sepi.

"kat mana dia nak jumpa?" tanyaku semula

"Depan lorong 2" jawab khairul seraya meninggalkan aku.

Lorong 2........jika kalian masih ingat, di situ jugalah tempat kami pertama bertemu dan tempat ini juga mengukir sejarah bertemu selama aku berpisah.\

Sebenarnya, hampir 3 bulan aku tidak mendengar tentang dia. Yang aku tahu di suatu malam sedang aku duduk di pondok menunggu bas, kawanku Maman memberitahu bahawa hari itu adalah hari pertunangannya. Aku diam enggan berkata. cuma pada aku, tiada keperluan untuk meberitahu kerana tiada lagi kewajaran untuk aku perlu tahu. Seingat aku, masih juga di dalam musim perayaan.

Aku bergegas ke tempat yang dahulu pernah aku berjumpa. Di sana ku lihat dia sedang menunggu dan wajahnya penuh sayu. Air mata kelihatan berlinagan dan pasti ada sesuatu sedang bergelora dalam jiwa.

"Yus putus tunang dengan Halmi abang" katanya dan masih mengekalkan perkataan abang merujuk kepada diriku.

rasa simpati mengatasi dendam yang ada. Aku percaya tugas seorang kekasih kepada kekasihnya yang lain adlaah untuk melihatnya bahagia. Kini tertanggung di atas aku untuk menyelesaikannya.

"Punca?' tanyaku

Dengan teresak dia menceritakan segalanya dan aku yakin musibah yang menuipa dia dan keluarga adalah berpunca dari cerita abangku Bakar.

"jom ke Johor" cadangku. Aku akan bersemuka dengan bekas tunangan nya dan aku pastikan hubungan ini akan disambung kembali. Aku tidak akan mungkin menerimanya kembali dan satu-satu jalan adalah dengan mengembalikan jodohnya semula kepada Halmi.

Petang itu juga aku ke Johor bersamanya dan aku bersemuka dengan abangku. memohon kepadanya menarik kembali semua cerita yang buruk berkenaan Yusita. Biarlah dia hidup dengan jalan yang ia pilih dan jangan lah membalas dendam kerana aku sendiri sedang berusaha melupakan. keadaan tidak menjadi semakin baik dan erti kepada mana-mana pihak.

Bingkas membantah perkataan aku dan abang juga mengherdik aku.

Esok aku keluar dari rumah itu dan aku menalipon Halmi menerangkan keadaan sebenar. Dari reaksi yang diberikan, Halmi tidak dapat membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Yusita berusaha memujuknya. Dari reaksi itu juga, jelas bahawa Yusita tidak mungkin akan melepaskan Halmi dari dirinya.

Aku balik ke Batu Pahat tanpa penyelesaian. Dari cerita yusita, aku faham keremukan hati seorang ibu bila ini yang berlaku.

Selang beberapa hati, ikatan pertunangan terjalin kembali dan aku bersyukur bila Bakar menukar cerita kepada yang sepatutnya.



Aku terus mencari cinta di parit lapis simis

adik dia

"itu Roslina, adik Roslinda. Roslinda ke Pekan Parit Sulong kerja" terang pakcik Rahman

Memang keluarga ini mempunyai keluarga yang cantik dan roslina juga secantik kakaknya. Hanya sosoknya kelihatan lebih kecil.

Keluarga ini mengucapakan terima kasih kerana aku telah membantu menjaga pakcik rahman sewaktu sama-sama terlantar.

Lewat petang aku balik dengan rasa yang kesal. Aku tak dapat menatap wajah yang ingin sekali aku ketemu. Biarpun adiknya juga cantik, tapi hasratku bukan kepadanya tapi kepada yang mulai aku rindu.

"kena datang lagi, entah bila?' sebal hatiku

kalau kalian meneka bahawa aku dah berputus asa, kalian salah meneka

bolehlah makan asap

injin motor Honda Raiders 125 aku terus mengaum bagaikan tidak sabar meluncur ke jalan besar dan membawa aku ke kampung parit simis. Aku merancang untuk pergi menziarahi pakcik rahman dan seterusnya ke rumah Roslinda dan bertemu dengannya.

Pakcik rahman gembira menerima ku. Meskipun hanya tinggal seorang, beliau tidak kekok menyediakan teh untuk aku. Mungkin merasa kekurangan budi, beliau ingin membawa aku ke rumah ibubapa roslinda untuk mendapat hidangan yang lebih enak.

"pucuk di cita, ulam mendatang" hatiku gembira dengan pelawaan ini.

Sesampainya di rumah ibubapa roslinda, seorang gadis keluar dan menghidangkan air minuman dan juadah.

tapi, gadis itu bukan Roslinda

kelakar

sebelun aku terlupa, izinkan ku selitkan nama Hasnah binti Mohd Noh di sini.

Anak kepada arwah kak Melah dan gadis yang cantik di kampung. Sewaktu pemergianku dan bila ibuiku keseorangan , gadis ini akan menemani ibuku tidur.Kawan uintuik berbual dan dalam diam aku dapatkan ia menyukaiku.

Namun menyedari bahawa aku masih milik seseorang dan masih di bangku persekolahan, ia tidak pernah meluahkan perasaannya kepada ku secara terang. Ibuku menyukai gadis ini. Aku hanya menganggap dia sebagai  anak angkat ibuku. Tidak lebihn dari itu.

"Mak suka kat budak tu" kata ibuku sewaktu aku masih dalam kelukaan

"budak lagi mak, biarlah dia belajar" jawabku kerana jarak umur kami yang kletara berbeza serta peluang belajar masih terbentang luas untuknya.

Arwah Kak Melah juga mengharap aku akan menyukai anaknya. Tapi maafkan kerana telah menghampakan semua.

Hasbah pernah menziarahi aku di waktu malam bila aku terlantar di katil wad 3.

Maafkan aku Hasnah, kerana tidak dapat menerima apa yang ingin kau berikan.

Kini dia bahagia bersama suaminya dan beberapa cahaya mata. Seingat aku hampir 7 tahun kami tidak pernah bertemu.

setiap hari selama 7 hari

selama seminggu aku menunggu setiap waktu rehat. Namun tidak semua hari gadis ini menjelmakan diri. Hari esok adiknya atau abangnya pula yang datang. Sewajarnya ia menghadirkan diri setiap hari agar kesihatanku segera kembali seperti sediakala.

Namanya Roslinda . berasal dari kampung Parit Lapis Simis Seri Medan

Daripada pakcik rahman, aku mengetahui bahawa dia masih belum berpunya secara rasminya.

Aku menjadi semakin mesra dengan pakcik rahman, aku jaga keperluan pakcik rahman dengan sesungguhnya. Aku sering berbual dengannya. cuba mendekati kehidupannya dan tentu sekali ku selitkan pertanyaan tentang Roslinda ini.

Dia menjawab tanpa memahami maksudku.

Di saat aku dibenarkan keluar dari wad, aku berjanji untuk datang menziarah pakcik rahman.

Dia menunggu.

morning Misi

aku ditempatkan di wad kelas 3 untuk memastikan penyakitku ini dapat disembuhkan dan mendapat perhatian para jururawat.

Disebelah, pakcik rahman telah tertidur selepas mendapat suntikan. Daripada yang aku tahu, beliau menghidap penyakit angin pasang. Sebenarnya, hanya mataku sahaja yang bertukar kuning sementara badanku ku rasa sihat.

Pakcik rahman adalah duda yang tidak mempunyai anak. Namun beliau sering juga dikunjungi oleh seseorang

Waktu rehat ku manfaatkan sebaiknya. Setiap kali waktu rehat tiba, aku akan memakai seluar dan duduk di birai katil menunggu tetamu. Aku sedang menunggu seseorang dengan harapan dia akan menziarah aku dan dia akan kembali kepadaku.

Hampa

"Pakcik nak apa?" tanyaku bila ku lihat tangannya merayap ke laci almari mencari sesuatu

"rokok" jawabnya.

'Nanti saya ambilkan" aku menghulurkan bantuan. Sewaktu bangun dari membongkok, dari luar pintu wad aku terpandang seseorang yang berjalan masuk ke dalam wad

aku terpana dengan wajahnya yang persis bintang filem bollywood. Tenang berjalan memasuki ruang katil pesaki dan tahu menju ke arah seseorang.

Ia berhenti di situ dan di sisi aku , pakcik rahman adalah pakciknya.

matanya jarang ku lepaskan dari memandangnya dan jujur aku katakan wajahnya ku nikmati sepenuhnya. Rambutnya panjang, hidungnya mancung, senyumnya menawan, matanya ayu. Dia berbicara dengan pakcik rahman sedang aku mula menyukai gadis itu.

"tak sia-sia aku sakit hari ini" jenakaku dalam hati
\
aku tidak membantu pakcik rahman dengan bersebab. aku ikhlas. tak percaya ke?

sAKIT

3 syawal dan aku menghidap demam panas yang kuat. Aku tidak dapat bersama-sama kawan-kawan untuk marhaban kampung dan hanya berselimut duduk di bangku menonton tv. Kawan-kawan yang datang melahirkan rasa simpati dsan harap akau akan sembuh kembali.

Raya ke 4, abang Endan ku membawa aku ke klinik Dr Chua dan aku diberikan satu suntikan. Demamku berkurangan dan aku rasa sedikit segar.

Jika dulu, waktu ini aku akan menziarah.................... tapi kini aku hanya duduk terlantar.

Seminggu selepas itu, aku menghidap penyalit sakit kuning dan suka atau tidak aku terpaksa bermalam di wad kelas 3.

disebelah aku, seorang pakcik Abd Rahman sedang terbaring dan mengerang

celebration

aku duduk menganggur di rumah sambil menunggu Syawal.

tentang persiapan hari raya pula, manalah boleh aku beraya sedangkan aku tak berpuasa. Tahun tersebut aku gagal menyudah 25 hari puasaku. Satu pencapaian untuk disumbat ke neraka.

Tradisi untuk anak muda di kampung adalah dengan mengadakan jamuan selepas isyak bagi menraikan kedatangan syawal (mungkin juga menrayakan kerana habis ramadhan).

Aku sudah tidak menjaga diriku dan aku mebiarkan diriku hanyut malam itu. Aku berembun dan makan selagi apa yang terhidang. Aku ingin melupakan sejarah hitam walaupun aku pasti akan gagal


atau sebenarnya aku merayakan kemerdekaan aku

Sumber Terang

6 tahun bersama dan semuanya hilang tinggal derita.

Aku berusaha melupakan dan aku berusaha memohon kepada Tuhan. abangku mengerti kepedihan yang sedang aku alami dan sangat bertimbangrasa denganku.

"kau puasa hari ni dik?" tanyanya selepas kembali dari pejabat

"Tak Kor" jawabnya sedang di celahan jari tersepit sebatang rokok yang sedang merah meyala.seraya memandang bekas cucuhan rokok di lenganku. Masih berbekas kerana malam semalam baru aku lakukan apabila cuba menghilangkan rasa luka yang amat dalam.

Sebenarnya, bulan Ramadhan telah menjelma dan aku juga telah 5 hari tidak ke pejabat.

"Kor, esok aku balik Batu pahat" aku memaklumkan kepada abangku

"Kirim salam dengan Mak" jawab abangku

Esoknya aku balik ke rumah yang dulu pernah aku tinggalkan kerana mengejar suatu bayang-bayang. Ibuku sedang menyapu di halaman. Aku mencium tangannya dan meminta ampun atas kesalahanku.

Fahamilah anakmu yang sedang dilanda derita.



diam adalah jawapan yang aku terima

hari ini yang mati

Hari ini aku bangkit dari tidur dan masa semakin menghambat untuk aku melepaskannya.

Aku mohon sehari agar dapat terus bersamanya. AKu minta agar dia tidak keluar bekerja dan menghabiskan masa bersama. Akur dengan permintaanku tetapi bukan untuk selamanya.

Petang itu kami keluar . AKu sempat menalipon pejabatnya dan berbicara dengan Bakri.

"Sesungguhnya engkau telah berjaya melukakan hati" kataku kepada Bakri

Bakri meminta maaf dan tidak menyangka bahawa ini semua terjadi dalam jangkamasa yang singkat sekadar lawatannya membuat audit di pejabat ini.

Namun, petang itu juga aku mengetahui bahawa aku dikatakan mengurung Yusita di rumah abangku.

Lukaku semakin dalam.

kereta biru

air mataku tak dapat lagi dibendung dan tanpa silu di hadapan kak alos aku menangis/

"Kak Alos, pinjamkan saya kereta Bakar" mohonku

"Kau nak buat apa?" tanya kakak iparku seolah enggan membenarkan. Mungkin dia memahami emosi dan kekeliruan aku jetika itu. Mungkin juga keengganan ini untuk keselamatan diriku sendiri.

"Saya nak cari semula dia" tegasku dan masih berharap kunci kereta yang terletak di atas peti sejuk dihulurkan kepada ku

"Kalau jadi apa-apa dengan kereta ini, kau jawab dengan Bakar" jawab kakakku

"Kak Los tolonglah fahami saya. Saya akan bertanggungjawab atas kereta ini" masih berharap dan memohon.

"Nah" katanya separuh marah.

Enjin dihidupkan dan pakaian pemberiannya aku masukkan ke dalam oerut kereta. Aku tak ingin sesekali memakainya kerana akan membuat aku terkenang kepadanya. Aku akan jadi lebih luka.

Aku tiba di kampung rumah sewaanya dan tanpa masalah aku menjumpai rumah tersebut. Ku beri salam dan tuan rumah menjemput aku naik lalu dihidangkan air.

Masitah mengenaliku sepertimana dia mengenali Yusita ini kerana kami pernah sekampong.

Dia menceritakan abahwa Yusita memang terpaut dengan lelaki ini dan bersedia untuk menjadi kekasihnya.

Aku memohon diri dan sewaktu keluar ke jalan besar, aku terpandang Yusita dan aku mohon dia menaiki kereta untuk menyelesaikan kerumitan ini.

Aku bawa Yusita ke rumah abangku dan di sana aku mohon jika perpisahan yang diinginkan, lakukan dengan secara baik dan aku akan menerima walaupun berat hati untuk melepaskannya.

"Tidurlah di sini, untuk kali yang terakhir" pintaku

Esok bukanlah hari yang cerah bagi sebuah matahari yang bersinar indah

aku yang terjerat

petang itu aku mengulangi ke pejabatanya dan mengajaknya balik ke rumah. Masih dengan alasan bahawa kerjanya masih banyak dan dia ingin berjumpa kawannya di pusat membeli belah di belakang pejabatnya.

"Abang balik dulu la kalau gitu" kataku sambil melangkah keluar dari kedai itu.

Aku turun menuju ke perhentian bas tapi ba syang lalu aku biarkan begitu sahaja. Setelah gelap menampakkan dirinya, aku senyap-senyap mendaki menaiki tangga menuju ke pejabatnya.

"Gelap dan sudah tutup" hatiku berkata

Namun aku terpandang sosok gadis kesayangan ku sedang menanti sesuatu. Lama aku memencilkan diri dan memerhati tentang apa yang akan terjadi selanjutnya.

10 minit berlalu dan akhirnya yang ditunggu tiba. Rupanya Bakri hadir dan mereka telah membuat temujanji.

Aku bingkas menampakkan diri dan seperti tidak percaya apa yang ada di depan mata. Dia beririnagn dengan lelaki itu.

Aku bersemuka dan memarahi orang yang dulu ku anggap sebagai dewi hatiku.

"Biarkan dia, dia memang macam tu" jelas suara yang keluar dari mulutnya dan sambil tangannya memegang lengan lelaki tersebut.

"Bagi semula jam yang aku beri" desakku separuh ila menahan apa yang terlihat depan mata.

Dia lantas melonggarkan jam tangan dan menyerahkan kepadaku. Demi marah yang tidak tertanggung, aku melemparkannya ke atas bumbung rumah kedai berhampiran.

Aku pergi meninggalkan mereka.

Turun semula ke hentian bas, perasaanku bagai terawangan dan tidak percaya. Aku masih dapat menahan tangisan dan luka tapi aku tak mampu menahan gerimis yang mula menimpa.

Bas pertama yang menuju ke destinasiku aku naiki. Duduk dan merenung jauh dari apa yang mataku dapat lihat. Menerobos gelap malas dan rintik hujan yang mula menjadi lebat.

Adakah nasibku keesokan hari akan gelap seperti ini. adakah telah hilang mentari dan suara hati ini.


Entah mengapa tiba-tiba aku merasa amat damai dan tenteram disebalik semua kekalutan. Hanya sekejap namun sensasi yang aku rasakan amat indah sehingga aku tersedar semula dalan realiti,

aku sampai di rumah abangku dan kakak iparku yang ada

Sunday, February 19, 2012

terkejutnya

"maafkan yus, tadi Yus keluar dengan Bakri" terangnya dalam keadaan yang serba salah

"tak apalah. Mungkin nak tunjukkan bandar JB kan" aku berkata tanpa berprasangka sesuatu mendatang akan lebih memburukkan.

Bagaimanapun aku berharap agar dia tidak lagi akan keluar bersama-sama. Aku masih ada dan aku tak suka dengan apa perbuatannya

Aku bersikap seperti biasa sahaja dan untuk sekian kalinya aku akan terus ditipu

Abang ku tidak bersetuju dengan tindakan dia datang ke rumahku pada lewat malam begitu kerana khuatir akan berlaku sesuatu yang buruk memandangkan kawasan rumahnya masih dihuni oleh pekerja binaan dari Indonesia.


Diam-diam aku memasang satu rancangan

tanam anggur

aku menamatkan pengajianku dan lantaran kesukaran mendapatkan pekerjaan di dareah aku, aku mengikutinya bekerja di Johor bahru.

Aku menumpang di rumah abangku dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat elektronik. Pendapatanku tak banyak dan sekadar cukup untuk keperluan seharian. Begitu juga dia. Bekerja sebagai kerani di Arastu berhampiran dengan pejabatku.

Hari berlalu dan aku mula merasakan keretakan di dalam hubungan.

Kami sering berjumpa dan kami sering juga bertengkar. Tapi aku masih terlalu sayangkan dia.keadaan kami agak dingin dan aku merakan api yang dulunya marak menyala kini semakin sejuk beku.

Petang itu aku tidur kerana keletihan sementara dia akan balik lewat kerana kerja yang tidak slesai. Tanpa berprasangka aku mengizinkanya. Aku lena tanpa mengetahui sesuatu akan berlaku di waktu lenaku.

"Dik,bangun, Yus datang" gerak abangku Bakar membangunkan aku dari tidur.

Bingkas aku bangun mendengarkan namanya di sebut dan aku gembira dengan kehadirannya.

Sesuatu agak keliru dan rasahatiku mengatakan ada sesuatu yang tidak kena di saat itu.

gerimis mula membasah

gerimis mula membasahi tanah di halaman rumah dan seketika nanti pasti hujan akan melimpahkan titisan yang menjadi hujan.

Dalam kehujanan dan antara titisan air yang menyentuh wajahku, sukar dibeza antara airmata yang juga luruh di kala itu.

bila sebenarnya itu berlaku, kalian ingin tahu?

pasir sahaja ke

aku berjanji bahawa bahagia adalah miliknya namun dia terpaksa bersabar denganku.

"kita akan mulakan dengan menjamah pasir dan abang berjanji akan menghidangkan nasi beryani setiap hari" janjiku bagi meyakinkan bahawa aku akan berusaha meskipun terpaksa bersusah payah mencari sebuah penghidupan.

Jadi, memang aku tidak pernah berjanji akan menyediakan mahligai yang beremas permata. Aku tahu setakat mana kemampuanku dan aku tahu hingga ke mana kemampuanku akan aku hadirkan.

Dia sanggup untuk bersama dan berusaha membantu mencari kehidupan

Kami terus memahat kenangan mencipta sejarah dan mengabadikan dalam lipatan sejarah. Kami berusaha menyegarkan suasana cinta dengan segala yang indah demi kami berdua.

hari tak selalunya cerah dan ceria

yusman dan nasyitah

dua nama ini kami cipta bila bersama.

dua nama yang dicantum oleh 2 hati yang ingin bersatu. 3 nama yang melambangkan milik persendirian hak bersama. Itu juga nama yang akan kami berikan kepada siapa yang akan hadir dari hasil percintaan ini melalui ikatan yang sah nanti.

Kami mula bercerita tentang bilangan cahaya mata, mula bercerita tentang kehidupan masa depan, mula mengukir angan-angan di langit-langit kamar, mula mengidamkan sebuah kehidupan.

Kalau kalian menyangkan aku menjanjikan permata dan istana, kalian salah dengan firasat itu

bertunang

rahsia ini aku tutup rapat dari semua.

secara diam-diam, aku membeli sebentuk cincin belah rotan dan aku ingin meneruskan fasa percintaan ke tahap yang seterusnya. Duit membeli cincin aku kumpul dari semua sudut yang memungkin aku berupaya membelinya.

Memang tidak mahal tetapi aku puas kerana ada tanda dijarinya yang ia telah separuh aku miliki.

Di hari raya haji tahun pertama kami berkenalan, dan di bilik belakang rumah, aku menyarungkan cincin itu dan meminta ia bersetia dengan ku.

Dia menerimanya dengan gembira. RTerpancar wajah puas bila memandang yang ia bersetuju menjadi milikku.

Majlis itu hanya dihadiri oleh kami dan disaksikan oleh susunan bantal di bilik belakang.

sekuruang-kurangnya, aku pernah bertunang dengannya

sumbing dan retak

aku mengarapkan sebuah harapan dan mengharap harapan itu menjadi kenyataan. Mengharap bahawa semua akan berada di dalam keadaan harmoni serta seluruh keluarga menerima aku dan dia. Namun di tengah perjalanan, kami bertemu halangan.

Hubungan itu tidak begitu direstui oleh Ibuku setelah agak lama kami berhubungan. 


walau pernah dulu aku bertanya kepada ibuku bagaimana pada suatu hari nanti, aku ingin dia ke rumah Hj Yusof untuk meminang gadis ini untuk aku.

"boleh tak kita menjadi saudara" jawabnya sambil tangan mengupas bawang dan aku gembira mendengar jawapan itu.

Maafkan aku Ibu, kerana banyak melukakan hatimu dan semoga aku tidak dianggap derhaka atas perbuatan aku ini. 


senarai yang panjang

Ju'ai? - teman mencari bahan untuk tugasan

Salbiah Sulaiman? - sekadar teman perjalanan pulang penghilang bosan

Rohaya? -

aku terlalu mebutakan mata untuk terus memelihara cinta aku bersamanya. Tiada pernah ada perempuan yang ku pandang dapat melenyapkan dia dari hatiku.

aku menumpahkan seluruhnya kasih sayang dan perhatianku kepada cintaku.

aku terlalu bodoh rupanya

sejuknya

aku pernah bersamanya ke Tangkak untuk menikmati keindahan alam dan merasa sejuknya air gunung yang turun. Di sana juga pernah dia mengukir nama kami berdua sebagai tanda kami bersama,

Sekembalinya dari menikmati air terjun, kami telah singgah ke rumah Abang Maat di Paya Mas. Sewaktu tu, isteri abang maat baru melahirkan anak.

Di celahan batuan air yang melimpah, pernah tertumpah janji setia untuk bersama.

Aku mengabadikanya pada setiap ruang dan tempat, masa dan peluang.

Sebab itulah apabila Rose menyebut Tangkak, ianya membawa nostalgia aku dan dia.

pak guard punya hal

aku pernah di tangkap oleh Pak Guard ITM kerana melintas kawasan larangan untuk mandi di pantai Sura. Bersama beberapa rakan yang degil, kami di bawa ke pos kawalan untuk di ambil tindakan. sewaktu dalam perjalanan, aku terpandang rose mohd sidek dan dalam kekalutan aku menegurnya.

"Awak dari Tangkak kan" tanyaku. aku tahu tentang dia sewaktu memperkenalkan diri di sesi suaikenal. Rafi ketawa melihat aku menegur gadis itu

"ya" jawabnya dalam keadaan terpinga-pinga ditegur aku yang tengah mencari idea melepaskan diri dari hukuman.

"cepat jalan" jerkah pak guard

Aku hanya di beri amaran keras dan dinasihatkan untuk tidak mengulangi perbuatan kami.

Sessi pembelajaran bermula dan seluruh pelajar dari DBS, DIB dan DIA ditempatkan di dewan kuliah. Aku duduk di antara mereka dan tumpuan masih di hadapan.

Kuliah tamat dan aku lewat untuk keluar memandangkan aku tak mahu berpusu-pusu bersama yang lain. Aku menoleh ke arah kerusi yang menempatkan pelajar wanita.

Berderau darahku bila Rose sedang memandangku dengan senyuman.

Itu dugaan dan ujian dalam menguji kesetiaan.

Aku turun meniti anak tangga dan meninggalkan Rose tersenyum sendirian. Aku sedar bahawa ada janji sedang menanti untuk aku tunaikan di kampung. Aku tak mahu penantian yang di sana menjadi sia-sia.

Di semester ke 4, aku mendapat tahu bahawa ada seorang pelajar di USA sedang bercinta dengan Rose. Tahniah.


Pelikkan mengapa Tangkak yang bermain di fikiranku sewaktu menegur Rose?

dungun yang sangat indah

aku diterima belajar  di ITM Sura Hujung Dungun Terengganu setelah aku berjaya dalam keputusan SPMku. tak pernah aku bermimpi bahawa Pantai Timur sudi menerima kehadiran aku, apatah lagi Dungun yang memang asing bagiku.

Berjauhan memang menyukarkan dan jarak yang memisahkan tidak pernah membuat aku lalai dari berterusan rindu padanya. Aku tetap cintakannya. Di sana aku meredupkan pandangan mataku daripada terpesona kepada mana-mana gadis yang sama belajar dengan ku.

Di sana aku belajar menahan rasa berjauhan dan menghuji kesetiaan. Aku masih teguh berpegang kepada janji bahawa aku akan kembali dan setelah berjaya aku akan mula mengukir cita-cita hidup bersama.

kalian pasti bertanya siapa Rose Mohd Sidek di http://www.facebook.com/profile.php?id=1025184977

hmm, rapat ke mari dan aku nyatakan siapa dia

ini jawaban

Rashid

http://www.facebook.com/profile.php?id=1115494428


kalian tak perlu tahu siapa insan sehebatnya. Yang pergi meninggalkannya kerana seorang gadis yang lain.

Daripada sosok ini, aku menerima pengertian kekecewaan dan mula mengenal erti kecurangan

Rupanya masih bersisa cinta dan secara tersembunyi mereka bertemu. dan sering bertemu.


aku mengerti tentang cinta yang masih bersisa tapi aku tak faham mengapa aku dijadikan mangsa.

Namun untuk ini, mataku tak pernah berkaca atau aku menitiskan air mata.

walau sehingga saat ini aku masih terkilan.

menjarah cinta

di hadapanku terbentang satu tanggungjawab untuk memastikan cinta yang baru kami lepa berkekalan. Mungkin juga pada dia. kerana aku amat hijau dalam menilai dan melakon watak seorang pencinta.

hari berganti dan kami semakin intim dan mesra. Berhubungan setiap hari adalah kemestian. Kami bahagia dan kalian akan dapat rasakan melalui wajah kami yang ceria.

cubalah baca bagaimana kami meraut benang-benang asmara dan tekalah bagaimana kami memilih butir-butir kasih mesra. Terpancar di wajah kami bahawa cinta ini adalah untuk bersatu.dan kami pasti bersatu.

Silih berganti hari dan semakin aku mengenalinya.

Satu episode ke satu episode aku mendalami siapa dia

Gambar yang diambil sewaktu di Melaka siap di proses dan dia memberikan satu salinan kepadaku. Di belakanganya terdapat lirik sebuah lagu yang aku tahu siapa penyanyinya.



Daripadanya aku menukilkan bahawa sebelum aku telah ada seseorang yang bertakhta di hatinya. 

Tidak lama pencarianku dan mendapat jawabannya.


untuk si gadis itu



kalian dengarlah tentang ini

wajahku masih yang kelmarin

terasa sepi seketika selepaskan melafazkan apa yang telah aku lafazkan. Seolah-olah memegunkan waktu dan aku.

Aku yakin dengan apa yang aku lakukan dan aku akan tunaikan apa yang aku lafazkan. Pengisian dan cabaran kini dihadapanku. Adakah aku akan berjaya memilikinya dan aku bahagia bersamanya.

Kini, aku akan melakarkan kanvas hidupku dengan corak keindahan yang memang aku rindukan. menuangkan warna warni yang mencerminkan kehidupan selepas ini.

"saya harap awak akan bahagia dengan saya" bisikku kepadanya sambil pandangan matanya seperti enggan melepaskan mataku.

"kita akan belajar bersama, persekolahan dan kehidupan, perasaan dan kasih sayang"

hari ini aku mencipta sejarah dengan menjarah cinta seorang gadis yang bersedia untuk bersama.

kalian benar bila mengatakan bahawa aku terburu dalam menawan cinta itu

sering tersekat

menyelusuri bandar melaka penuh bersejarah dengan mercu tanda yang gagah berdiri meyakinkan aku bahawa inilah tempat bermulanya sejarah antara aku dan dia.

Kami ke Bukit St Paul. Bergambar kenangan bersama dan yang lebih mahal, apabila pelancong eropah menghulurkan bantuan untuk mengabadikan wajah kami berdua di Bukit St Paul.

Masih berdua di daerah asing ini dan berjalan ke toko buku pula. Dia menghadiahkan senaskah novel berjudul "Aku Sayang Padamu" untuk aku.

Sepanjang pengembaraan mencari erti isi hati ini, aku menantikan masa yang terindah untk menyatakan rasa yang selama ini aku simpan. Detik terus berlalu, namun perkataan yang ingin keluar dari hatiku sering tersekat. Sering terbantut kerana aku masih cuba mengumpul kekuatan.

Seharian waktu bersamanya dan detik berlalu terlalu laju untuk dihambat kembali. Tiba masa untuk kami pulang sedang tujuan aku membawanya ke Melaka masih juga tidak dapat ku nyatakan.

Di perut bas MCW Melaka ke Muar, kami duduk bersebelahan dan ketika bas ingin memulakan perjalanan, dia memegang erat tanganku dan bertanya apakah yang ingin aku nyatakan.

Dalam kekalutan dan mencari kekuatan, aku masih gagal menyatakan.

Ya Allah, bantulah aku menyampaikan rasa ini dengan keadaan yan paling mudah ia menerima. Moga ia juga merasakan sepertimana apa yang aku rasakan. Moga ia menerima aku dengan sesuangguhnya" dalam diam aku berdoa dan mencari kekuatan diri.

"jika awak sayangkan saya, saya juga sayangkan awak" bisiknya membantu aku melepaskan apa yang aku pendamkan selama ini.

Spontan aku terkenangkan nasihat ibuku ini," Jangan senang berjanji jika kau tak berani untuk menunaikan"

Aku pun berkata ,"SAYA SAYANGKAN AWAK"

di saat itu, mataku mula berkaca.

12 hari kemudian

"saya rasa ada sesuatu ingin saya katakan pada awak" suara aku yang kedengaran di hujung talian.

"apa dia?" tanyanya dengan rasa ingin tahu

"saya rasa Melaka tempat yang sesuai untuk saya kata" terangku sambil mengharap dia akan bersetuju dengan cadanganku

"jauhnya. Mengapa kena sampai ke Melaka?" tanyanya lagi dengan nada hairan dengan permintaanku yang mungkin bukan-bukan

"nanti saya beritahu' boleh?" masih cuba meyakinkan agar permintaan aku diterima

"bila tu??" masih dengan pertanyaan untuk kepastian

"12 haribulan"

"ok" persetujuan yang cukup mendebarkan sebagai penanti seperti aku

Malam itu aku mengecek mak aku agar dapat memberikan sedikit wang untuk bekal perjalanan ke Melaka. Aku tak peduli dengan apa yang bakal aku terima. Daripada aku terus bertanya tanpa kepastian baik aku memulakan sebagai kata penamat.

Kalian mahu tahu mengapa aku memilih Melaka? Bukalah lipatan sejarah bila Melaka akan dijajah sekali lagi. Bukan oleh Portugis atau Belanda tapi dengan sebuah cinta.

tanjung emas

Sesampainya di hentian bas Maharahi, kami berjalan menyusuri lalu lintas dan mendekati destinasi yang selama ini jarang aku singgahi.

Di Tanjung Emas kami berlabuh di atas sebuah bangku dan mula menyusun ayat membentuk perkataan berlapikkan perasaan. Aku ingin sekali menulis di atas batu nama kami berdua yang sepatutnya dilakukan oleh dia.

Di sini di batu ini, akan ku tuliskan lagi, namamu dan namaku. Aku ingin memahatkan kenangan yang indah ini bukan sekadar di ingatan tapi juga di tugu kenangan.

2 jam kemudian kami meninggalkan bangku itu dan menuju ke sebuah warung. Aku mula memesan makanan sementara dia meminta izin untuk ke kedai sebelah. Sekembalinya, ia menghadiahkan aku sebuah kaset Ebet G Ade yang memang ia tahu adalah kegemaranku.

Sewaktu menaiki bas pulang ke Batu Pahat, aku terlena oleh keletihan namun di fikiranku, otakku mula membina struktur pengsetoran yang tak akan mampu dipadamkan.Dilapisi oleh tembok -tembok lapisan yang tidak memungkinkan ianya ditembusi oleh sebarang virus perosak.

Adakah RAM ini akan kekal selamanya? Cuba kalian baca seterusnya

tentang zahid

zahid adalah kawan ku yang serupa nasib dan takdir apabila kami sama-sama gagal di peperiksaan SPM. Dia juga menyambung pelajarannya ke Maktab Adabi Maharani Muar dan tinggal di asrama.

Cuti umum Hari Pekerja 1 Mei akan mendatang dan aku bercadang untuk menziarahinya di Muar.

"Yus, saya nak ke Muar tengok Zai, awak nak ikut?" lawaku kepada gadis itu

"bila tu?" tanyanya kembali

"1 Mei, boleh kita jalan-jalan di Tanjung Emas" cadangku sambil mengharap pelawaanku di terima.

"boleh" undangku di terima

Kami berjanji untuk bersama-sama menaiki bas Lien Hoe dari stesen bas Batu pahat pada seawal jam 7.30 pagi. Kabus masih menebal di saat kami keluar.

Perjalanan yang panjang dan peluang yang terbentang memungkin aku duduk bersamanya sepanjang perjalanan. Banyak yang diperbualkan dan aku memandangnya pada jarak yang semakin dekat.

aku terlupa tentang dunia seketika bila mata kami saling berpandangan, pandangan mata saling bertautan dan senyuman saling dilemparkan.

Rancangan awal untuk menziarahi zahid terpaksa aku ubah

kain pelikat

pemberian pertama yang aku terima dari gadis ini adalah sehelai kai pelikat yang disampul kemas dan diletakkan di atas meja dalam bilik darjahku.

Tanpa sebarang maksud dan petanda, aku tak tahu makna di sebalik pemberian ini namun aku menghargai setiap apa yang diberi

pulang ke rumah dan aku memberitahu ibuku tentang pemberian itu.

"apa maksud kain ni mak?" tanyaku

"selalunya, pemberian kain bermaksud menyapu air mata kerana perpisahan" terang ibuku

apapun jua maksud yang tersirat disebalik pemberian ini, aku tak peduli kerana aku enggan memutuskan apa yang terjalin sekarang ini.

"Adik simpan jer lah dulu. Pakai waktu kenduri atau solat" aku jawab

aku simpan elok-elok kain itu, sayang rasanya untuk memakainya.

pemberian ini akan dibalas satu hari nanti

Saturday, February 18, 2012

kini sering

pulangnya aku dari sekolah adalah dengan gadis ini dan seperti biasa aku gembira bila bersamanya.

Aku mula menaliponnya walaupun uniform masih terlekat di badan.

sekadar ingin terus berbicara tentang apa yang terlintas di kepala

ingin terus mendengar kata-kata

ingin melepaskan yang tersirat di dada.


Pada suatu hari dan di saat yang tidak pernah aku sangka

dia melafazkan perkataan "abang" yang menyentap perasaan dan menderaukan darah.

Inilah seorang wanita yang pertama kali melafazkan perkataan yang tidak pernah aku terima dari sesiapa.

aku semakin bahagia

kalau kalian menjangka aku membalasnya dengan perkataan "sayang", aku mengakui kebenaran

jika dulu

jika dulu kami seiringan berjalan melewati malam
kini kami duduk bersandingan di bangku perut bas

jika dulu kami beriringan kerana berpayung bersama
kini aku rela berpanas bersamanya

jika dulu kami berbicara tentang pelajaran
kini kami mula berbicara tentang perasaan

jika dulu kami berjauhan kerana saling tidak mengenali
kini kami mula membaca apa yang di dalam hati

man besar

masih ingat kepada man besar?http://www.facebook.com/profile.php?id=100000776026313

namanya Azman bin Siran, berusia 2 tahun lebih tua dari aku. Namaku Nor Azman bin Siran. Ingat lagi kepada kakakku sang pengantin baru bernama Nor? namanya Haminorah binti Siran.

Jadi dari gabungan nama mereka maka lahirlah namaku Nor Azman bin Siran

"man, tolong hantarkan aku ke lorong 2" mohonku kepadanya agar aku sampai sebelum waktu untuk aku menunggu.

tanpa basa-basi, abangku menghidupkan enjin motor dan menghantarkanku ke destinasi yang ku mahu.

agak terkejut dia bila terpandang wajah gadis itu sedang menungguku. menjelaskan mengapa aku begitu tergocoh untuk ke situ.

aku agak kesal apabila tiba lewat daripadanya sedangkan sepatutnya aku yang menunggu. Namun aku masih berbaki sepuluh minit sebelum jam 8. itu kesilapan pertama bila berjumpa.

Bas pun tiba dan kami menuju destinasi yang sama

Bandar Penggaram tidak sebesar mana dan aktiviti malamnya juga terbatas. Kami menuju menuju ke medan selera Odeon untuk menikmati soto.

Di saku yang masih berbaki tambang dari upah membasuh periuk aku simpan dengan ermat agar tidak hilang kerana sebagai seorang yang bersikap gentlemen, aku yang akan membayar makanan itu nanti.

"minta soto ayam 2 kak dan air sirap" jawabku bila ditanya pelayan warung tu.

selesai menjamu selera, dan sewaktu aku ingin membayar, terlebih dahulu dia menghulurkan wang. Aku menolak namun dia berkeras.

Firasat ku berkata bahawa ini hanyalah makan malam di antara sesama kawan kerana gadis ini enggan terikat dengan sebarang budi yang ingin aku hulurkan.

Aku enggan berkeras dan membiarkan dia membayarnya.

Tidak lama kami berada di bandar dan kami terpaksa pulang memandangkan khidmat bas terakhir adalah pada jam 11 malam,

Di atas perut bas, dan ketika kami mula mencari tempat duduk, ia mengisyaratkan agar aku duduk disampingnya.

ku balas balik

esoknya aku menalipon gadis itu.masih laju mengucapkan terima kasih dan dengan terketar aku cuba mengajaknya keluar bersama malam itu.

"saya sudi keluar dengan awak"sambutnya

hanya tuhan yang mengetahui betapa gembiranya aku kerana pelawaanku diterima.

Aku tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan dan aku dapat bayangkan betapa kekoknya aku nanti. Pasti aku akan salah tingkah dan aku harap ianya tidak akan memalukan aku.

"Jam 8, saya tunggu depan Lorong 2" cadangku dan dia bersetuju.

Ops, mana aku nak cekau duit. Aku memang tidak mempunyai sebarang wang dan pastinya akan merosakkan rancangan aku malam ini. Ligat aku memikirkan di mana hendak aku cari wang tersebut.

Aku lantas menjenguk ke luar rumah. Terpandang beberapa buah periuk bekas untuk memasak nasi minyak sewaktu perkahwinan kakakku yang masih tidak berbasuh,

"Peluang!" hatiku berkata

"Nor, kalau aku tolong basuh periuk tu, kau kasi sikit duit ok?" pintaku pada kakakku yang baru berkahwin.

"OK, satu periuk aku kasi 5 ringgit" jawabnya

"boleh!, semua 25 ringgit. Siap terus beri aku duit" tegasku.

Aku memerlukan duit dan aku akan siapkan periuk itu seperti baru keluar dari kedai.

2 jam selepas itu, semua periuk telah pun selesai aku sental. Meskipun tidak begitu bersih namun atas dasar kasih sayang kakak kepada adiknya, kakakku melunaskan apa yang dijanjikannya.

petang semakin tua dan malam semakin menjelmakan diri tapi aku agak penat selepas itu, sedangkan aku berjanji jam 8 nanti

hantar balik

"kalau jumpa hantupun dah tak takut lagi tu" sindir abangku yang agak tua

aku mendengar sahaja dan akan ku buktikan bahawa hantu yang akan takut bila berjumpa aku. Selesai bersalaman dengan ibuku dan saudara perempuanku, aku menantinya di depan pintu.

"motor rosak" spontan aku berkata kerana aku inginkan masa yang lebih lama untuk bersama

dia dan aku mula mengatir langkah dalam suasana purnama menyinarkan warna keemasan di gelap malam.

aku berasa amat gembira bila kami beiringan langkah dan membelah sepi malam untuk sampai ke rumahnya.

sepanjang perjalanan banyak yang kami perkatakan walaupun aku tak pernah peduli samada ianya berkaitan dengan persekolahan. Aku hanya mahu mendengar suara merdu dari bibir yang mungil. Aku mahu menelan setiap butir untuk aku jadikan nyanyian di kala aku kesunyian.

sesampai di rumahnya, aku mengucapkan terima kasih atas kesudian bertandang dan memohon maaf atas segala kekurangan. Moga itu bukan kunjungan pertama dan terakhir darinya. Moga akan ada waktu dan ketika untuk aku menghabiskan malam bersamanya.

"terima kasih kerana sudihantarkan saya balik" ucapanya mesra

mahu saja aku berkata yang aku lebih gembira bila dapat bersamanya berdua membelah malam ini.

sesudah hilang tubuhnya di balik pintu aku mengatur langkah pulang.

Baru aku terasa seram bila keseorangan

"sebelum ada hantu, baik aku cabut dulu." hatiku berkata

laju langkah meninggalkan rumah yang memamah gadis itu.

Namun, sepanjang perjalanan pulang, purnama ku raskan sehangat mentari dan malam bertukar siang.

aku ingin mengulanginya lagi

Friday, February 17, 2012

malam selepas rewang

antara percaya dan tidak aku terpegun di ambang pintu.

Tetamu itu datang dalam gelap malam dan mungkin merasa bersalah apabila pelawaanku untuk datang pada hari majlis tidak dipenuhi.

Aku menjemputnya naik dan berharap keadaan rumah yang masih berselerak dan tidak kemas tidak menjadi halangan kepadanya untuk bertandang.

Ibuku juga agak tersipu bila tetamu ini tidak menunjukkan rasa janggal atas keselerakan rumahku.

Apa yang ada aku hidangkan dan aku merasa bangga bila dia sudi menjejakkan kakinya ke rumahku yang tidak sesempurna mana.

Rumahku rumah berdinding papan dan telah lama di bina. Strukturnya masih tegap dan antara rumah yang besar di dalam kawasan kampung.

Aku juga tidak menyangka tetamu ini sanggup untuk menjejakkan kakinya sehingga ke dapur rumahku.

"Awak lambat, kalau lagi awal, banyak pinggan dan periuk boleh tolong basuh" gurauku bila dia asyik memerhatikan dapur yang masih selerak.

"Besarnya rumah ini" katanya

Lama juga dia berada di rumahku. Setelah itu, dia meminta izin untuk pulang dan memandangkan dia tidak mempunyai pengangkutan, aku menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Hanya 1/2 batu sahaja dari rumahku.

Kalian tahu siapa tetamu itu? Kalian benar dengan tekaan itu.



sepanjang perjalanan balik, ku lihat bagaikan purnama bertukar mentari dan malam berubah siang.

aku ingin mengulanginya sekali lagi

ke sekolah semula

selesai majlis dan aku kembali semula ke sekolah menjalani rutin hidupku.

Aku masih menumpang payung gadis itu. Dan aku merasa kelainan nyta dalam setiap pandangan mataku terhadapnya.

Aku melihat dimensi baru dan aku ingin menyertai di dalamnya. Aku mahu aktif dan menjadi sebahagian daripada perjalanan cerita ini.

Malam itu, aku mendengar suara memberi salam di halaman rumah.

Aku menjawab salam itu dandi halaman, satu sosok tubuh berdiri

masih ebiet

aku masih menyukai yang ini









kalian tahu mengapa?

Kalian benar dengan jawapan yang kalian sendiri cipta

07-413666 vs 07-413400

"mengapa suara awak lain?" tanya nya

"maaf, saya keletihan" jawabnya dengan suara parau kerana baru bangkit dari keletihan.

"oh Ok, awak sambunglah apa yang awak buat tadi. maaf saya mengganggu" mohonnya dengan kesal kerana membangkitkan aku dari lena yang dalam

"tak apa, nanti saya call awak semula boleh?" tanyaku

"boleh. bye" jawabnya

Aku sangat letih dan rehatku terganggu. Tapi sebenarnya aku mula menyukai semua panggilan darinya. Jujur aku katakan bahawa aku mulai berharap akan ada seterusnya panggilan darinya.

Bukan untuk esok yang mendatang, bahkan seminit yang berlalu mula aku merasa kehilangan.

Kalian benar bila mula mengatakan sesuatu mula menyelinap dalam jiwa aku,

tentang Jamaliah

Aku mula medngenalinya sewaktu gambar beliau terpampang di dada akhbar di ruang mencari teman.

Usia yang sebaya dan menetap di Ladang Tun Dr Ismail, Kluang Johor. Anak sulung dari empat beradik. Seingat aku, ayahnya bekerja sebagai pekerja di ladang tersebut.

Aku menyukai nukilannya. Aku tidak pernah bosan dengan tulisannya. Ayat yang berbaris bagaikan bahasa yang diambil dari bahasa sastera lama.

"Di bawah lembayung petang, ku titpkan surat ini untuk teman yang berada jauh di.........."

Inilah bahsa pembuka kata di surat pertama. Aku amat kagum kerana untuk aku tidak mungkin akan sampai ke peringkat bahasa seperti ini.

Jamaliah memanggil aku Az, bukan Nor Azman Siran tetapi dia mengenaliku sebagai Nor Azam Sulaiman, bahkan sehingga kini nama itu masih kerap aku gunakan.

Rasional aku menggunakan nama lain adalah kerana aku amat malu untuk menyatakan siapa aku.

Kini, kami tidak lagi berhubungan kerana aku memilih untuk tidak mengecewakan di saat dia mengharapkan.

jawapannya

"taklah, saya segan" jawabnya

"Ai, tak ada hidung ke?" aku memulangkan paku buah keras kepadanya secara memujuk kalau dia datang, aku akan menyambutnya di muka pintu.

Kami menamatkan perbualan secara santai dan dia tetap dengan keputusannya untuk tidak menghadirkan diri.
Aku menerima apa jua keputusannya.

"Dik, kat kedai ada suratkau" Joe memberitahuku.

Memang rumah kami tidak mempunyai peti surat peribadi. Posmen akan meletakkannya di kedai di hujung kampun. Semua orang kampung akan ke sana kalau mahu melihat samada ada surat ubntuk mereka atau tidak.

Aku bergegas ke sana.

Tulisan dari pengirimnya amat asing padaku. Isi kandungannya hanya menyatakan bahawa beliau senang dengan kehadiranku di dalam siri hidupnya. Dia memohon agar Allah sentiasa memelihara persahabatan ini dan hubungan ini kekal. Namanya juga tidak didedahkan. Aku juga tidak dapat mengagak pengirimnya.

Surat ini kulipat dan sisipkan ke dalam seluarku.

Musykil memikirkan siapa sebenarnya pengirim itu.

Ohya, teman persuratan ku Jamaliah datang dari Kluang. Aku menjemputnya di hentian bas di hadapan sekolah. Jamaliah Arshad ini aku kenali sejak dari tingkatan 4 dan ia satu-satunya teman persuratan yang masih setia berhubungan. Hubungan kami sangat mesra kerana kami telah lama berkawan,. Aku menyukai corak penukilannya dan bahasa sewaktu kami berhubungan, begitu juga dia. Dia kagum bila mengetahui bahawa aku adalah dari aliran sains.

Waktu Jamaliah balik, aku titipkan bontrot untuk keluarganya. Teima kasih atas kepayahan menjejakkan kaki ke Batu Pahat.

#bontrot - kiriman berupa makanan/bunga telur/hadiah

Lewat petang itu, dalam keletihan, aku bersandar di antara almari dan katil. Di situ aku hanyut dalam tidur yang dalam sehingga telefon mula berdering.

Walimatul Urus

kebelakangan ini rumahku agak sibuk memandangkan majlis perkahwinan akakku akan semakin hampir. Ibuku masih meneruskan sulamannya. Aku masih ke sekolah. Abang-abangku datang dan pergi sibuk menyiapkan persediaan untuk majlis itu.

Aku juga perlu memastikan ada juga sumbangan tenanga dapat aku berikan bagi memastikan majlis ini berjaya. Sekurang-kurangnya bebabn ibuku dapat aku ringankan.

Semuanya hampir siap dan hanya menanti tarikh keramat kakaku.

Seperti selalunya, aku juga  menjemput gadis itu untuk hadir sebagai tetamu. Seperti selalunya, ia mengucapkan terima kasih namun tidak berjanji akan datang kerana alasan yang aku sendiri tak pasti.

Tak mengapa dan aku tahu, pada hari tersebut, aku tidak mempunyai masa yang banyak untuk melayan kawan-kawan yang datang. tapi, kalau dia datang, mungkin keceriaan dan semangat aku menolong lebih terserlah.

Telepon mula berdering

"Makcik, boleh saya bercakap dengan Azman?" tanya suara di hujung talian

"Man kecik ke Man besar? tanya ibuku semula

tentulah terpana sejenak pemanggil bila disuakan dengan pertanyaan demikian. Manakan nak tahu siapa itu Man Kecil dan siapa itu Man Besar.

"Man Kecil tu yang sekolah High School dan man Besar yang sekolah Munshi" terang ibuku kalau si pemanggil mungkin terkedu mencari jawapan.

"ooo..kalau gitu Man Kecil makcik" jawab penuh lega

"OO itu namanya Adik" terang ibuku.

"Sekejap yea" dan memanggil Man Kecil untuk menjawab panggilan tersebut.

Itulah aku, anak bungsu dari 11 adik beradik. Anak yatim yang telah kehilangan ayah sewaktu usia aku  satu tahun setengah. Memandangkan aku yang bungsu, panggilan Adik lekat sehingga aku dewasa.

"awak tak datang?" tanyaku

masih seperti selalu

esok aku mengulangi apa yang aku lakukan seperti menjadi rutin hidupku.
esok juga aku menumpang payungnya
esok juga aku memberikannya tempat duduk kalau hanya 1 sahaja
esok juga gadis ini turun awal dari aku
esok juga gadis ini sampai bersamaan dengan aku sampai di rumahku
esok juga aku mendengar lagu kesayanganku
esok juga telepon masih tidak berdering

untuk sebuah nama

sesampai di rumah, aku terus menuju ke pemain kaset.

Ebiet G ade memang kesukaanku . Suara, lirik dan irama memang menjadi kesukaan orang yang berjiwa sentimental seperti aku. Antara lagu yang aku minati



Menghabiskan masa mendengar memang kesukaanku. Ibuku pun tak pernah melarang kegemaranku yang satu ini.

Ohya, gadis itu akan turun dahulu 1/2 batu dari rumahku. Namun perjalanannya untuk sampai ke rumah akan menyamai masa untuk aku sampai ke rumah. Rumahnya agak masuk ke dalam sementara rumahku di tepi jalan utama.

Ketika itu telepon masih tidak berdering

tumpang payung

loceng terakhir telah berbunyi dan masa balik telah tiba.

Mengheret langkah yang lemah dalam kepanasan yang memeritkan, aku mencari alternatif bagaimana aku dapat melindungi diriku dari terik mentari di tengah hari.

Di hujung bangunan dan tatkala mencari jalan, aku terpandang gadis itu dan di tangannya terjinjit sekaki payung.

"Ya, peluang untuk aku. Aku mesti menegur dan kalau boleh aku nak tumpang berteduh di bawah payung itu sehingga ke perhentian bas" idea yang mucul dari entah mana di sudut hatiku.

"Asalamualaikum, ni Yus kan?. Saya ada nak bincang sesuatu dengan awak. Boleh tak kita bercakap sambil berjalan? aku mengajukan cadangan sambil berharap payung itu akan meneduhkan aku.

"Boleh" jawabnya selepas menjawab salamku. lalu payung itu dikembangkan dan cukup untuk kami berdua.

Sepanjang perjalanan, aku menyatakan rasa tidak puashatiku terhadap pelawaannya tadi walaupun menghargai pelawaannya. Dia meohon maaf kalau ada yang menyinggung perasaanku.

Di saat itu jua, kami bertukar-tukar nombor telefon dan akan menghubungi jika perlu.

Bas tiba dan haluan kami serupa. Rasanya untuk kali pertama aku bersikap gentelman dengan membiarkan gadis itu duduk sementara aku bergayutan di palang bas.

Kau salah kalau kau menyangka aku cuba mengambil hatinya.

5 atas

sasampainya aku di sekolah, dan sewaktu melewati bilik guru, aku terpandang wajah gadis yang berbicara denganku semalam. Hanya sekilas dan sempat juga aku melemparkan senyuman dan di balas dengan ukiran nipis di bibir yang bertahi lalat.

"La, kawan sama tiuyion dulu rupanya" hatiku berkata

Aku mengenalinya sebelum ini sebagai sesorang yang datang bersama untuk kelas tambahan matematik. Namun sepanjang tempoh itu, aku tak pernah berbicara dengannya. Ada seorang kawan yang cuba menghampirinya, dan semua itu tak pernah ada di kepala ku di saat masih aku di bangku persekolahan.

Meneruskan perjalanan ke kelas dan aku duduk di tempat yang memang aku gemari.

Waktu rehat telah tiba dan dahulu aku pernah bernazar bahawa apa jua keputusan peperiksaanku, aku akan berpuasa selama 7 hari secara berturut-turut. Itu nazarku dan aku perlu menglangsainya dengan segera. Jadi hari itu adalah hari pertama aku berpuasa nazar.

Tentunya aku tidak akan ke kantin sewaktu rehat dan aku habiskan dengan membaca buku atau kerja sekolah yang tidak selesai.

Tentang gadis itu pula, aku telah selesai menjalankan tugas memastikan ia ke sekolah semula.

"assalamualaikum, tak pergi rehat?" suara merdu menyapaku sedang aku khyusuk menyiapkan kerja sekolah.

Ketika saat mengangkatkan wajah, aku terpandang wajah gadis itu seraya menjawab salamnya.

"Tak makan ke" tanyanya

"Saya sedang berpuasa" jawabku ringkas.

"Kalau awak tak ada duit, awak pergilah ke kantin, nanti saya bayarkan" mempelawa aku dan menyanggupi untuk menanggung kos makan rehatku.

"rasanya dia ni tak faham apa yang aku maksudkan dengan puasa" hatiku berkata tapi lidahku menjawab "terima kasih' kalau lapar nanti saya akan makan, tapi selepas masuknya waktu maghrib" jawabku dan terus bangun meninggalkan gadis itu.

Dia bersama rakannya meneruskan perjalanan untuk ke kantin.

Timbul rasa yang tidak tuntas di sini. Adakah ia menganggap bahawa aku terlalu daif sehingga tidak membawa wang untuk makan sewaktu rehat?

esok pagi

aku  bangun seperti hari-hari yang selalu tapi aku terlewat sebenarnya.

kalau kau menyangka aku terlewat kerana mimpi semalam, kau sebenarnya silap

hal komeng

balik dari sekolah, makanan telah terhidang. Ibuku mengerti kekecewaan aku dan tidak banyak bertanya menambah rasa kecewa. Setelah menanggalkan uniform, ibuku menyuruh aku makan dan meninggalkan aku untuk menghabiskan jahitannya.

Dulu, sewaktu kecilku, aku sering mendengar dia berlagu perlahan sambil menyulam.

malamnya komeng datang dengan beberapa kawanku yang lain. Komeng adalah anak kepada guru ngajiku.

"Dik, tolong telepon nombor ini" pintanya

"ni siapa?" tanyaku

"kawan aku Yus" terangnya

aku mengambil kertas yang dihulurkannya dan mula menekan punat-punat yang terpapar.

"Assalamualaikum" suara wanita tua dihujung talian penuh mesra tanpa prasangka. Luhur dan polos.

"waalaikummussalam Makcik, hmmm...boleh bercakap dengan Yusita??" jawabku seperti yang di minta oleh Komeng

"oo ada, ni siapa?" tanyanya lagi

"kawannya makcik. Dari batu 4" aku memberikan apa yang diminta

" sekejap ye"

"terima kasih makcik" jawabku

"Meng, nah, kawan kau" aku menghulurkan ganggang telefon kepada Komeng

"Dik, kau jawab lah, aku malu" Komeng mengelak dan aku terpaku. Aku mengesa Komeng meneruskan perbualan ini.

"Helo" dihujung talian telah kedengaran suara yang manis ke pendengaran

Adoi...Komeng telah menyusahkan aku di sini. Aku tak sampai hati membiarkan suara itu tertunggu lalu aku menjawab

"assalamualaikum, maaf yea, saya kawan komeng, hmm dia malu nak menjawab" terangku

"waalalikummusalam, hai, kenapa dia tak ada hidung ke?" kedengaran hairan di hujung nada

aku terlupa hasrat Komeng yang ingin erbual dengan Yusita sebaliknya aku terus melayan perbualan gadis itu. Daripada perbualan, aku tahu yang dia juga gagal seperti aku. Aku cuba mengalakkan agar dia kembali menyambung pelajarannya seperti apa yang aku lakukan. Namun dia merasa segan atas kegagalan ini.

"Nak belajar kok segen!" tanyaku

spontan berderai ketawanya yang memang tak pernah aku dengar sebelum ini. Mungkin lawak yang te\ak seberapa boleh membuatnya bersemangat untuk bangun dan belajar semula.

Seraya berjanji bahawa aku akan menunggu dia di muka pagar sekolah untuk memastikan bahawa dia juga akan hadir menyambung apa yang terkandas.

Sekurang-kurangnya aku dapat membantu seorang untuk menyusun semula pecahan cita-citanya bercantum semula.

Malam itu, kalau engkau menyangka aku akan bermimpi indah kerana perbualan ini, sebenarnya engkau salah.

sekolah swasta

menyarung baju yang sepatutnya aku tinggalkan rasanya bagai berat sekali meskipun ianya akan memanaskan tubuhku yang kesejukan setelah selesai bersiram.

Berbekalkan wang yang aku cari di bawah tilam, aku melangkah menuju ke hentian bas dengan harapan kabus pagi menghilangkan aku dari pandangan orang.

Risau bila ada yang akan menegur, pastinya tahu keputusan aku dan mungkin sinis. Meskipun sangkaan ku akan buruk tapi aku peduli. Itu maruahku yang tercalar.

"Ramai jugak yang kantol" kata hatiku sambil mata mencari kalau ada kawan-kawan lama yang serupa mendaftar di sekolah yang sama.

Proses mendaftar tidak mengambil masa yang lama. Aku masih mengekalkan aliran yang sama sewaktu di sekolah lama walaupun beberapa subjek yang dahulu terpaksa aku gugurkan. Aku akan mencari di mana aku boleh mencuri ruang memperbaiki keputusanku di tahun ini.

"adoi, kakak aku nak mengadakan majlis walimatulurus kat rumah pulak" sentak hatiku.

Kau tahu apa maknanya?..........

Thursday, February 16, 2012

ada duit tak

Sesampainya di rumah, ibuku tidak menunggu seperti yang aku sangkakan.
"selamat" bisik hatiku yang memang risau dan sayu.

"Dapat berapa?" tiba-tiba terpacul suara dari balik dinding. Ibuku sedang menjahit baju dengan mata masih tertumpu ke baju.

"3" pendek dan di antara dengar dan tidak, dengan harapan ianya tidak memberi impak yang besar kepada ibuku.

Belum sempat ia menyambung, aku terus meminta"mak, mak ada duit tak? orang nak sambung belajar di sekolah persendirian. kalau dapat, esok nak daftar"

"kau cari bawah tilam, duit kau beri masa kerja dulu itu mak masih simpan" jawabnya

"mak tak nak gunakan ke?" tanyaku, separuh menyesal bila pemberianku untuk kegunaannya tidak digunakan dan aku meminta balik pemberian dulu. Duit tu aku beri sewaktu aku bekerja sementara menanti keputusan SPM. Sekadar kerja kilang sahaja dan sewaktu gaji, aku memberinya separuh dari apa yang aku dapat. Sekurang-kurangnya, ibuku dah merasa hasil dari gaji pertamaku.

"tak, gunakanlah untuk daftar sekolah" masih dengan nada menyuruh.

Tuesday, February 14, 2012

lepas dapat 3

3!
"abis!!!!, ' getus hatiku. Terbayang wajah tua ibuku yang pastinya akan menunggu di muka pintu bertanyakan keputusanku. Bagaimana hendak aku katakan bahwa aku termasuk dari golongan mereka yang gagal. Itu bukan jawapan untuk ibu ku.

Tapi untuk aku menyesal, rasanya masa tak kembali berputar.

Aku mesti terima kenyataan ini yang aku terpaksa membuka semula halaman muka buku yang pernah aku lalui. Aku mesti belajar semula dan memastikan bahawa aku akan berjaya di masa depan.

Keluar meninggalkan halaman sekolah menuju ke hentian bas bukan dengan kecerian. Seiring dengan kawan-kawan yang berteriak memeritkan telinga. Aku bukan bersama mereka. Namun aku belum berputus asa.

Sepanjang langkah ke hentian bas sambil memusingkan kepala di mana aku harus menyambung pelajaran yang terkandas.